Sudah ramai yang telah mendapatkan dan mencuba perkakas dapur yang sangat mudah ini, iaitu Air Fryer. Bukan itu sahaja, Admin pun pasti yang dah ramai tahu kebaikan menggunakan Air Fryer ni. Mengurangkan penggunaan minyak masak dan sudah tentu lebih sedap.
Tetapi, jika cara je yang menyihatkan tetapi bahan yang digunakan tidak menyihatkan pun tidak guna juga kan? Jangan salah faham, bukannya tidak boleh. Boleh, tetapi kalau buat yang sedang diet perlu ambil berat bahan apa yang dimakan. Haa, tetapi kalau yang sedang diet, teringin pencuci mulut boleh cuba resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Resepi beliau tanpa menggunakan tepung dan tanpa gula tau. Jom cuba!
Terima kasih Adiah Raj untuk perkongsian resipi Muffin ini 🙂
Bahan A
Oat 190gm kisar kering
Baking soda 1 sudu kecil
baking powder ½ sudu kecil
Sedikit garam
Kismis (ikut suka nak banyak mana)
*Semua di atas satukan
Bahan B
2 biji telur pukul manja
80 ml olive oil
1 sudu besar madu
3 biji pisang yang betul-betul masak (dilenyek atau dikisar)
*campur sekali dan gaul sebati
Cara penyediaan:
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
- Gaul tak perlu lama-lama, asal sebati sahaja.
- Masukkan dalam bekas muffin, jangan penuh-penuh.
- Bakar pada suhu 160/180 darjah selama 20 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Adiah Raj (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos