fbpx

Cara Membuat Aiskrim Coklat Homemade. Sedap, Guna 6 Bahan Je!

iCookAsia

Musim duduk di rumah ini, ramai yang rajin untuk memasak sendiri. Sudah pasti anda nak mengurangkan pembelian makanan di luar kan, lebih selamat dan terjamin bersih bila buat dan masak sendiri. 

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau membuat Aiskrim Coklat sendiri di rumah ataupun, homemade. Haa, siapa sangka boleh dapatkan Aiskrim sendiri kan? Tak perlu pergi ke kedai dah. Nak buat perisa apa pun ikut suka anda, boleh. Jom buat!

Terima kasih Inul Daroji untuk perkongsian resipi Aiskrim Coklat Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

1 sudu besar susu pekat

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu ovalette

1 sudu serbuk koko

1 bekas chip coklat

Cara penyediaan:


1. Masuk kan susu cair, susu pekat, esen vanilla dan ovalette dalam blender.

2. Kisar sampai halus dan pekat.

3. Dah nampak pekat masuk kan serbuk koko dan blender lagi sekali untuk bagi sebati.

4. Siap tambah topping chip coklat dan bolu di sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Inul Daroji (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x