Ramai yang sudah tiada mood beraya lagi, memandangkan adat ziarah-menziarahi tidak dibenarkan dan sekarang pula musim PKP. Hanya boleh berada di rumah sahaja. Jadi, tiada aktiviti lain yang boleh di rumah. Tetapi, ada yang masih membuat kuih raya disebabkan kebosanan.
Admin setuju tu, aktiviti memasak sahaja lah yang boleh kita buat hari-hari untuk mengisi masa lapang. Juga pelbagai dan berbeza resepi yang boleh dicuba. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau berkongsikan resepi Kuih Raya Tart Red Velvet Cadbury yang boleh anda cuba di rumah. Tidak pernah dibuat orang lain, kuih tart yang berperisa Red Velvet kan? Jom cuba!
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Tart Red Velvet Cadbury ini 🙂
Bah an-bahan:
250g salted butter anchor
1/4 gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 1/4 cawan tepung gandum (Cap Bunga Ros)
1/4 cawan tepung jagung
Pewarna velvet emulco
Chocolate Cadbury
Cara membuat:
- Kacau rata butter dan gula.
- Masuk esen vanilla, tepung-tepung masukkan sedikit demi sedikit masa uli.
- Tuang beberapa titis pewarna velvet emulco, uli bagi sebati.
- Adunan agak lembut tapi tidak melekat di tangan.
- Canaikan adunan agak-agak nak tebal mana, kemudian tekan dengan acuan.
- Bakar pada suhu 160’C dlm 15 – 20 minit (bergantung oven masing-masing) api atas bawah.
- Keluarkan dan terus sapu putih telur atas biskut tadi. Letak/lekat coklat Cadbury. Tekan sikit dan buat sampai habis.
- Masuk semula dalam oven dan bakar 7 – 10 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos