fbpx

Resepi Dari Arwah Bapa Sedara, Ayam Ketumbar. Sedap, Patut Diturunkan Resepi Pada Semua.

iCookAsia

Pernahkah anda dengar dan mencuba masakan Ayam Ketumbar? Perkongsian resepi kali ini begitu sentimental. Kerana resepi ini daripada arwah Bapa Sedara bagi seorang pengguna Facebook ini. Resepi yang sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. 

Nampak rupanya seperti masakan Kari, tetapi tidak. Kerana ianya tanpa menggunakan Santan. Bahan utamanya sudah pasti Daun Ketumbar. Tertanya-tanya bagaimana rasanya? Jom cuba. 

Terima kasih Latifah Othman untuk perkongsian resipi Ayam Ketumbar ini 🙂

Bahan-bahan:

20 tangkai cili kering

2   labu bawang besar

1 sudu besar rempah kari daging

Halia sebesar tapak tangan yang betul-betul muda

Seekor ayam

3 ketul kentang

Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Kisar cili kering dan serbuk kari dan tumis hinggan garing.
  2. Masukan bawang dan halia yang di kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukan ayam. Kacau sekejap kemudian masukan air. Agak-agak tak pekat dan tak cair, sedang-sedang je, baru masukan kentang.
  4. Bila kentang sudah empuk, masukan hirisan daun ketumbar dan garam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Latifah Othman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x