Asyik resepi makanan je kan. Kali ini Admin bawakan resepi hidangan air yang boleh buat anda terliur dan minum 1 cawan pun masih tak cukup, iaitu Milo Cincau. Milo ini bukan sekadar Milo biasa. Milo ini yang dihidangkan sekali bersama Cincau. Sedap betul tengok dari gambar di bawah. Sedap juga kalau dapat hidang untuk makan malam nanti kan? Jom buat!
Terima kasih Salmah Muhamad untuk perkongsian resipi Milo Cincau ini 🙂
Bahan-bahan:
100 gm cincau
3 sudu besar Milo
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air panas
1/4 cawan air sejuk
2 sudu Milo (hiasan)
Cara penyediaan:
- Campur Milo ke dalam air panas. Kacau rata, kemudian campurkan susu pekat.
- Cincau di potong dadu besar. Isi kedalam gelas.
- Tambahkan ais kedalam gelas yang berisi cincau tadi. Akhir sekali tuang kan air milo. Biarkan sebentar. Baru tabur serbuk milo diatas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Salmah Muhamad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos