fbpx

Lauk Cincai, Tapi Menyelerakan. Daging Goreng Kunyit, Yang Boleh Bertambah Nasi Kalau Makan.

iCookAsia

Pernahkah anda rasa apabila sudah selalu makan masakan yang meriah, selera perut teringin lauk yang mudah atau simple sahaja? Contohnya, Nasi Bujang atau Ayam Goreng Kunyit? Kedua lauk ini betul-betul simple, dan kalau beli di kedai pun memang harga nya murah. 

Jika anda pernah rasa begini, tak perlu di luar. Dah namanya hidangan mudah, pastilah mudah sahaja cara memasaknya. Jom Admin kongsikan cara membuat Daging Goreng Kunyit daripada seorang pengguna Facebook ini. Ditambah dengan cili benggala yang memberi warna kepada lauk anda. Kalau ada anak yang tidak suka sayur, pastikan dipotong cili itu dengan hirisan tebal/besar tau. Senang nak diasingkan, hehe. 

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Daging Goreng Kunyit ini 🙂

Bahan-bahan:

250 g daging 

1 biji bawang merah

1 inci halia

2 sdb sos tiram

Garam

Serbuk kunyit

Cili merah

Cili benggala

Cara memasak:


1. Mula-mula perapkan daging dengan garam dan kunyit. Daging tu dihiris nipis supaya cepat empuk. Hiris waktu daging tengah beku.

2. Perap awal-awal dan masukkan dalam peti sejuk. Nak masak tinggal keluarkan je. Kerja pun cepat siap, daging elok sedap.


3. Panaskan minyak, gorengkan daging kita yang sudah diperap awal tadi. Perap 2 jam. Biarkan sampai daging empuk. Api kecil saja, tutup kuali supaya wap panas tu mempercepat proses melembutkan daging.


4. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang yang dihiris kasar.


5. Masukkan halia yang dihiris nipis. Halia ni buat sedap ni.


6. Apabila halia dan bawang dah kekuningan, masukkan sos tiram. Kacau rata.


7. Masukkan cili benggala. Kalau suka pedas boleh masukkan cili api atau cili besar. Jangan masak lama sangat cili benggala tu supaya ia rangup.


8. Perasakan dengan garam ya. Gaul rata, matikan api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x