fbpx

Kuih Raya Kegemaran Ramai, Honey Almond Cornflakes. Ikut Resepi Ni, Boleh Dapat 180 Biji.

iCookAsia

Pelbagai jenis kuih raya yang anda boleh buat dengan bijirin Cornflakes. Cornflakes madu lah yang paling digemari ramai dan itu adalah Kuih yang wajib setiap kali raya. Haa, kali ini kita tambah kan sedikit bahan kacang badam untuk tambah sedap lagi. 

Anda biasa hanya guna butter dan madu sahaja kan? Jom bagi penambah rasa lagi dengan resepi Honey Almond Cornflakes ini. 

Terima kasih Aini Binte Madon untuk perkongsian resipi Honey Almond Cornflakes ini 🙂

Bahan-bahan:

150 gm madu

160 gm butter

350 gm Kellogg’s cornflakes

150 gm badam cincang

Secukupnya manik-manik warna-warni Thousands & Hundreds

Cara membuat:

  1. Letakkan badam cincang di dalam loyang pembakar. Panggang badam pada suhu 120°C selama 5-10 minit (sambil digaul-gaul) atau sehingga berwarna coklat sedikit tapi jangan sampai hangus. Kemudian, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 140-150°C.
  3. Tuangkan cornflakes ke dalam sebuah mangkuk yang besar. Ramas-ramas sikit. Ketepikan.
  4. Cairkan butter dan madu di dalam kuali non-stick. Kacau rata. Tutup api.
  5. Terus tuangkan campuran butter dan madu ke dalam cornflakes.
  6. Masukkan badam cincang yang telah dipanggang tadi. Gaul rata.
  7. Sudukan adunan ke dalam paper cups. Hiaskan atasnya dengan taburan manik berwarna-warni.
  8. Bakar (140-150°C) selama 15 minit bergantung pada kepanasan oven masing-masing ya.

*Boleh dapat anggaran 180 biji.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aini Binte Madon (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x