fbpx

Kacau 1 Jam Sahaja Untuk Buat Dodol Cair Ni. Nampak Senang, Boleh Buat Untuk Raya Nanti.

iCookAsia

Sudah lama rasanya tidak dengar hidangan Dodol pada hari Raya ini. Hidangan Dodol ini memang betul-betul tradisional. Tidak ramai yang suka kerana ianya kenyal dan tidak ramai juga yang rajin buat. Kerana proses memasak nampak sukar dimana ianya memerlukan tenaga yang kuat untuk mengacau adunan dodol.

Tetapi, apa salahnya untuk Hari Raya tahun ini, anda sediakan dodol buatan sendiri untuk keluarga? Jom cuba!

Terima kasih Aishah Ismail untuk perkongsian resipi Dodol Cair ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut 

3 cawan air gula merah (kalau nak manis tambah gula pasir)

5 cawan santan

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dalam kuali. Kacau dulu sehingga larut supaya tidak bergentel. Kemudian, baru buka api kecil dan kacau sentiasa. Kacau selama 1 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aishah Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x