fbpx

Cara Tepat Membuat Agar-Agar Santan Gula Melaka. Jangan Terlebih Sukatan, Nanti Tak Jadi. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Pencuci mulut Agar-agar ini memang terbaik dan sesuai pada musim Panas. Memang boleh menyejukkan tekak kita. Disini Admin kongsikan resepi Agar-agar Santan Gula Melaka yang sangat sedap daripada seorang pengguna Facebook. 

Menurut Asrinna, hidangan ini perlu diteliti sukatan cecairnya supaya tidak berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk selama 2 ke 3 hari. Jadi, jika anda nak cuba buat hidangan ini, ikut betul-betul sukatan di bawah untuk hasilnya yang menjadi. 

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Agar-Agar Santan Gula Melaka ini 🙂

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar bertali (10gram)

600 ml air

200 ml santan kotak

150 air gula (resepi di bawah)

1 biji telur (dipukul)

Daun pandan

Secubit garam

Bahan-bahan air gula:

2 buku gula melaka

250 gram gula merah

3 sudu besar gula pasir

2-3 ketul sederhana gula batu

400ml air

Daun pandan

*Masak semua dengan api sederhana hingga mendidih. Tapis dan sejukkan.

 

Cara-cara buat agar-agar:

  1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar betul-betul larut. 

Tips: tutup periuk supaya agar-agar cepat larut. Kena pantau juga supaya ia tak membuak.

  1. Masukkan air gula. Kacau rata.
  2. Dalam mangkuk, campurkan santan, telur dan garam. Pukul rata. 
  3. Tuang adunan dalam periuk tadi sambil kacau tanpa henti. 
  4. Teruskan kacau hingga mendidih dan hampir membuak. Perlahan kan api dan biarkan ia mendidih. Ini untuk memastikan santan ‘pecah’ dan terpisah.
  5. Tuang agar-agar dalam acuan. Sejukkan.

*Formula yang kena ingat ialah: 1 paket agar-agar (10 gram) =  1000ml cecair

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x