fbpx

Siakap Stim Masam Manis Ala Thai Untuk Yang Sedang Diet Pada Bulan Puasa Ni. Sedap Betul! Resepi #Ramadan

iCookAsia

Apabila tiba musim Ramadan ini, pasti ada sesetengah orang yang mempunyai target atau goals untuk menurunkan berat badan. Bila target sebegitu, pastilah makan dan minum sewaktu berbuka perlu dijagakan? 

Haa, disini Admin kongsikan menu diet yang sedap. Susah nak jumpa menu diet yang sedap berperasa. Jom cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Siakap Stim Masam Manis Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap siap dibersihkan dan dikelar

2 batang serai titik

3 ulas bawang putih 

1 biji bawang holland/besar

Halia hiris 

Daun ketumbar

Cili padi hiris (ikut pedas tekak)

Limau nipis (ambil jusnya)

Sos ikan (nampla)

Gula kabung 

Serbuk pati ayam

Sikit tepung jagung -pekatkan kuah (optional)

Cara memasak:

1. Tumbuk bawang putih dan gula kabung.

2. Masukkan serbuk pati ayam, air limau, sos ikan dan sedikit garam.

3. Gaul sebati. Suaikan rasanya ikut citarasa sendiri. Tambah mana yang kurang.

4. Serai sumbatkan dalam perut ikan.


5. Cili, halia, daun ketumbar dan bawang olang ditabut atas ikan.

6. Curahkan bahan tumbuk tadi pada ikan.

7. Kukus ikan 15-20 minit.
8. Cara nak tahu ikan sudah masak, kuiskan isi ikan pada bahagian yang dikelar. Kalau mudah tertanggal, maksudnya ikan dah masak.

*Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam timun. Sedapnya kemain. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x