Buah Cempedak merupakan antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Paling sedap apabila dibuat cempedak goreng. Kalau kita masak hidangan ni, confirm jiran sebelah boleh bau tau. Sedap betul, boleh buat terliur.
Yang tidak berapa gemar akan buah cempedak, tahukah anda terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan apabila anda makan buah cempedak ini. Rugi kalau anda tak cuba makan.
Terima kasih No Or untuk perkongsian Manfaat dan Kebaikan Buah Cempedak ini 🙂
- Baik untuk Mata
Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata.
- Tulang dan Gigi
Kandung mineral seperti fosfor dan kalium dalam cempedak mampu merawat dan mencegah kita dari diserang penyakit tulang dan gigi.
- Lancarkan Sistem Pencernaan
Kandungan vitamin C dalam cempedak bagus untuk lancarkan sistem pencernaan.
Sebaiknya dijadikan rutin supaya masalah sembelit dapat dielakkan.
- Tingkatkan Sistem Imun / Kekebalan tubuh
Bila sistem tubuh lemah, kita lebih mudah diserang penyakit.
Diperkaya dengan sebatian bioflavonoid yang bersifat antioksidan. Ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjauhkan serangan radikal bebas.
Dipercayai sebatian bioflavonoid dalam cempedak ini mampu merawat penyakit malaria.
- Turunkan Kolesterol
Tahap kolesterol jahat (LDL) yang tinggi dalam tubuh boleh jadi punca penyakit kardiovaskular yang mengancam nyawa seperti strok dan jantung.
Selain dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi, kita juga mengawalnya dengan memakan buah cempedak.
Vitamin C dalam buah cempedak ni berperanan penting dalam mengurangkan kadar LDL, dan sebaliknya meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).
- Anti Kemurungan / stress
Stress berpunca dari pelbagai faktor yang berlaku dalam kehidupan, yang akhirnya akan mengakibatkan kemurungan.
Salah satu cara hilangkan tekanan atau kemurungan ni, adalah dengan mengambil makanan yang mengandung zat antidepresion.
Salah satu sumber makanan itu adalah dari Buah cempedak.
Kandungan zat antidepresion dalam bentuk protein dalam cempedak dikatakan berkesan untuk memberikan kesan santai pada tubuh hingga tekanan dan kemurungan itu dapat dikendalikan.
- Kesihatan dan kecantikan kulit
Pengambilan buah cempedak secara berkala diyakini berkesan menghalang munculnya kedutan dan bintik hitam pada kulit wajah.
Bukan hanya itu, buah cempedak juga berkesan untuk atasi masalah kulit kering, dan jerawat.
Untuk kulit ini, kita boleh ambil cempedak secara terus, atau jadikannya sebagai masker muka.
Sungguh pun begitu, pengambilan buah cempedak secara berlebihan dapat meningkatkan pengeluaran gas di dalam perut dan mengakibatkan gejala gastrik, ulser peptik, dan refluks asid (GERD).
Jadinya, bagi sesiapa yang ada masalah perut, janganlah lupa diri, haruslah berpada-pada bila makan buah cempedak.
“Kalau dah ada simptom-simpton yang Cik No bagitau tadi, lepas makan cempedak tu, segera lah berjumpa doktor.”
Menarikkan tahu info ini? Harap ianya bermanfaat pada anda 😉
Kredit info dan gambar: No Or (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/