fbpx

Agar-Agar Santan Yang Ada Isi Kelapa Muda. Tak Pernah Dibuat Orang, Tapi Rasa Dia Sangat Sedap Dan Menyegarkan.

iCookAsia

Musim panas sekarang ini, tekak hanya nak benda yang menyegarkan sahaja, betul tak? Dan sudah pasti anda sudah terbayang akan pencuci mulut yang manis dan sejuk. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli diluar, Admin nak kongsikan satu pencuci mulut yang jarang dibuat orang dan ianya sangat menarik. Iaitu Agar-Agar Santan. 

Jarang tau Admin jumpa agar-agar versi daripada seorang pengguna Facebook ini. Dimana, pada lapisan atas terdapatnya isi kelapa muda. Kelapa pun dah sedap, kemudian di campur dengan agar-agar ini. Tapi, pastikan disejukkan semalaman, baru sedap!

Terima kasih Anisah Connie untuk perkongsian resipi Agar-agar Santan ini 🙂

Bahan untuk Lapisan Bawah:

1/2 pek agar-agar tali ( 6 gram )

6 sudu makan gula

1/2 sudu teh garam

300 ml santan pekat

300 ml air

Cara Buat Lapisan Bawah Agar Agar:

  1. Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih, baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur. Baru tambah masuk gula bersama garam. Tutup api bila sebati dan suamkan. 
  2. Kemudian, baru tambahkan santan dan kacau manja.Tuang dalam bekas adunan lapisan bawah dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

“Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.”

Bahan untuk Lapisan Atas:

10 helai daun panda dikisar bersama 1/2 cawan air dan ditapis.Ambil jusnya.

2 biji isi kelapa muda

4-6 sudu makan gula

1/2 agar agar tali ( 6 gram )

350 ml air

Cara Buat Lapisan Atas:

  1. Didihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. Baru tambahkan jus pandan,gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.

Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk membolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.

  1. Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah.Baru tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.
  2. Biarkan di luar sekitar 30 minit dan masukkan dalam peti untuk mengeras dalam anggaran masa 2-3 jam. Jadi kalau anda nak makan agar agar santan ini pada waktu berbuka puasa, seeloknya buat pada tengahari.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anisah Connie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x