Kalau anda selalu ke kedai Mamak atau kedai makan yang menghidangkan lauk Nasi Kandar, pasti anda sangat gemar dengan masakan Ayam Goreng cara yang dikongsikan dibawah ini. Nampak macam susah nak buat, tapi sebenarnya senang je.
Para ibu, boleh la tukar cara memasak ayam goreng kepada cara ini. Mana tahu menjadi kegemaran baru orang-orang di rumah?
Terima kasih Nor Hairiyah Hassim untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Mamak ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang putih dan halia
1 biji telur
1 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar tepung jagung
¾ cawan air sejuk
Sedikit pewarna merah/oren
Garam secukup rasa
Caranya:
- Blend semua bahan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Kalau cair, tambah tepung jagung.
- Perapkan ayam bersama dedaunan kari. Kemudian, sedia untuk digoreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Hairiyah Hassim (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/