Kalau pergi makan di mana-mana restoran yang menghidangan masakan tomyam ini, menu Sotong Goreng Tepung ni antara menu yang wajib anda order kan? Sedap dan rangup dia lain macam. Tetapi, kena pandai cari tempat yang betul sedap. Baru puas makan.
Tetapi, sebelum mencari itu, apa kata anda try buat sendiri mengikut perkongsian resipi daripada seorang pengguna Facebook ini. Daripada gambar, nampak telriut kan? Mengikut beliau, ini adalah hasil membeli di pasar dengan harga RM 10 sebanyak 2.5kg. Jom cuba!
Terima kasih Ag Jeffrey Ag Nuddin untuk perkongsian resipi Sotong Goreng Tepung ini 🙂
Cara penyediaan:
- Campur sotong yang sudah dipotong dengan tepung kanji, telur, serbuk kunyit, dan perasa (garam, ajinomoto dan gula).
- Sediakan bekas kosong untuk letak tepung kanji, sebelum goreng, gaulkan sekali lagi dengan tepung kanji yang dalam bekas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ag Jeffrey Ag Nuddin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/