Menu Bergedil atau Begedil ini pernah popular pada suatu masa dahulu. Kemudian, datang pula dengan Tauhu Bergedil. Memang ramai yang gila akan hidangan ini, lebih-lebih lagi digandingkan bersama Sambal Kicap yang sedap dan pedas.
Susah juga nak cari yang kena dengan tekak kita kan? Jadi apa kata kita buat sendiri. Boleh adjust ikut citarasa kita sendiri.
Terima kasih Mas Intan Masman untuk perkongsian resipi Tauhu Bergedil ini 🙂
Bahan-bahan:
Tauhu 4 keping
Tauhu jepun 4 pcs (yang panjang-panjang)
2 keping dada ayam
Telur 2 biji
Kiub ayam 1 pcs
Garam dan perasa secukupnya
Lada hitam dan lada sulah
Cara membuat:
- Blender semua bahan.
- Apabila sudah lumat, tuang semua ke mangkuk. Saya tambah sayur-sayur sikit yang telah dihiris-hiris. Gaulkan bagi sebati.
- Kemudian, ambil acuan dan isi. Kukus sehingga kembang.
- Dah siap kukus, sejukkan sekejap dan keluarkan dari acuan.
- Pecahkan sebiji telur, pukulkan dan celupkan begedil tauhu dan goreng sehingga nampak warna keemasan dan angkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mas Intan Masman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/