fbpx

Kalau Jemu Dah Makan Nasi, Boleh Cuba Resepi Sizzling Yee Mee Yang Melimpah Ini.

iCookAsia

Hidangan Sizzling ini sangat popular di kedai makan yang berada dalam Pusat Membeli-belah atau dipanggil food court. Pada yang biasa makan di sini, memang akan gemar atau biasa dengan Sizzling Yee Mee ini. 

Tetapi, kebiasaannya kita makan diluar sahaja kan? Apa kata kita cuba buat di rumah? Mana tahu masakan menggunakan air tangan sendiri lebih sedap? Jom cuba!

Terima kasih Cik Puan Julieta untuk perkongsian resipi Sizzling Yee Mee ini 🙂

Bahan-bahan:

1 inci halia potong nipis

2 ulas bawang putih

3 ketul ayam di potong kecil

8 tangkai cili kering potong kasar

(1 tangkai potong 3 bahagian)

8 biji mushroom kering (direndam dalam air panas, kemudian potong kasar)

6 sudu besar sos tiram

1 senduk kecil kicap lemak manis

1 ke 2  sudu besar kicap pekat

1 sudu besar minyak bijian

4 sudu besar tepung jagung, larutkan dalam air terlebih dahulu

Yee mee

Sayur sawi

Telur

Hot Plate, nak guna pemanggang serba guna pun boleh atau .guna kuali biasa pun boleh.

Cara memasak:

  1. Masukkan 3 sudu besar minyak masak dan minyak bijan. Apabila sudah panas, masukkan halia dan bawang putih. Api perlahan, dan kacau sampai kekuningan. Kemudian masukkan cili kering dan kacau.
  2. Apabila sudah garing, masukkan ayam dan 1 mug air, letak sedikit garam didihkan dalam 5 minit, kemudian masukkan cendawan kering.
  3. Kemudian masukkan semua jenis kicap mengikut resepi di atas tambah lagi air secukupnya dan didihkan.
  4. Apabila kuah sudah mendidih ayam dan sudah lembut, masukkan bancuhan tepung jagung, sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul sampai sesuai dengan kepekatannya.

Cara penyediaan:

  1. Letak hot plate atas dapur (boleh guna pemanggang serbaguna sahaja.)
  2. Kemudian letak sikit kuahnya baru letak yee mee sayur dan telur. Pastikan buka api tahap maksima dan tuang kuah selebihnya ke dalam yee mee.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Julieta (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x