fbpx

Kalau Kehabisan Cereal Di Rumah, Boleh Cuba Buat Cereal Pancake Untuk Anak Anda. Comel Je!

iCookAsia

Para ibu mesti nak anak-anak mulakan hari dengan sarapan yang baik kan? Seperti cereal, sarapan ala ala orang putih. Berkhasiat dan anak-anak pun suka. Tetapi, apa jadi kalau cereal habis di rumah? 

Ha, jangan risau. Anda boleh ikut cara seorang pengguna Facebook ini dimana membuat lempeng atau Pancake dengan bentuk mini dan kemudian dijadikan cereal. Mudah kan?

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Cereal Pancake ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum.

1 cawan susu segar

1 sudu gula.

1 sudu kecil garam

1 sudu besar baking powder

1 biji telur

2 sudu butter yang telah dicairkan.

1 sudu kecil esen vanilla jika ada.

Cara membuat:


1. Masukkan telur, mentega yang cair, tepung, garam, gula.


2. Masukkan susu segar. Kalau tiada susu segar boleh guna susu tepung yang dibancuh.


3. Masukkan dalam plastik atau bekas atau sudukan saja ikut saiz yang anda suka. Buat comel comel saja. Api kecil, dan guna kuali anti-letak lagi senang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x