fbpx

Ikut Cara Buat Ini Kalau Nak Dapat Hasil Cantik Berkilat Kek Coklat Moist Kukus Ini. Terliur Habis!

iCookAsia

Cara membuat Kek Coklat ini paling mudah adalah menggunakan teknik mengukus. Memang teknik ini boleh buat kek kita menjadi lembut dan gebu. Ditambah pula dengan topping pada atas permukaan kek tersebut. Memang manis sedap!

Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau telah berkongsikan cara membuat kek coklat kukus dan yang menariknya adalah pada topping nya. Nampak cantik, berkilat betul coklatnya. Terliur betul!

Terima kasih Ayuqaseh Ashraf untuk perkongsian resipi Kek Coklat Moist Kukus ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tidak suka manis sangat) 

1 cawan minyak

3 biji telur

Caranya: Semua bahan dipukul selama 5 minit. 

Bahan untuk diayak:

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

Caranya: Dah abis ayak masukkan dalam adunan yang dipukul tadi. Pukul sekata dan tapis adunan kedalam loyang yang disapu sedikit minyak. Panaskan air kukusan dan kukus 40 minit.

Bahan Topping:

1/2 cawan susu pekat

1/4 cawan susu cair

3 sudu besar serbuk koko

4-5 sudu besar buttercup

Caranya: Masak semua bahan hingga pekat. Api jangan kuat sangat. Tunggu sejuk baru tuang atas kek. Kemudian, simpan dalam peti ais. Simpan kejap je sebab nak coklat dia cair-cair sikit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ayuqaseh Ashraf (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x