fbpx

Apam Pisang. Hirisan Pisang Sebagai Hiasan. Ikut Resepi Ini, Boleh Hasilkan 16 Biji Apam.

iCookAsia

Kuih Apam memang tidak lapuk dek zaman. Hasilnya yang lembut, gebu dan manis masin membuatkan ramai gemar akan kuih ini. Lebih tertarik, apabila Admin terjumpa resipi Apam Pisang yang dihias sebegitu rupa. Cantik kan?

Terima kasih Malnorashima Bt Ismail untuk perkongsian resipi Apam Pisang ini 🙂

Cara penyediaan:

  1. 4 biji pisang berangan dilenyek dan letak tepi seketika.
  2. 1/2 cawan gula (klkalau tak suka manis, boleh kurangkan sedikit), 1 biji telur (gred A),1 sudu kecil garam,1 sudu kecil esen vanilla (dipukul kembang dan sebati). Campurkan bersama pisang tadi dan pukul sebati.
  3. 1 cawan tepung naik sendiri ditambah dengan 1 sudu kecil soda bikarbonat (sudu kfc). Diayak dan letak dalam adunan pisang tadi. Kacau sebati dan letak 1/2 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh). Kacau dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Acuan lompang disapu minyak dan letak adunan tadi. Sebagai hiasan, letak potongan pisang pada atas permukaannya dan boleh kukus 15 minit. Api sederhana. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Malnorashima Bt Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x