Siapa sahaja yang tak suka makan hidangan yang sedap dan lain daripada lain kan? Seperti hidangan Kuah Lada Kelapa Bakar ini. Rasanya sudah dijamin sedap. Tetapi, yang berlainannya terletak pada Kelapa yang dibakar. Aroma daripada masakan ini memang betul menggoda. Anda pasti terliur juga. Jom try masak?
Terima kasih Durrani Damar untuk perkongsian resipi Kuah Lada Kelapa Bakar ini 🙂
Bahan-bahan Kisar:
Cili kering *
Halia *
Kunyit hidup *
Bawang merah *
Bawang putih *
1 sudu besar jintan manis *
1 sudu besar jintan putih *
1 sudu besar lada hitam *
1 sudu besar ketumbar *
Bahan-bahan untuk Tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
1 sudu besar halba (digaul sahaja)
Kelapa bakarÂ
Asam jawaÂ
Air secukupnya
Daun limau purut (kalau tiada pakai daun kesum)
Sayuran – tomato, terung atau kacang bendi
Garam & Ajinomoto secukup rasaÂ
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan tumbuk dahulu.
3. Kemudian masukkan bahan kisar sampai naik bau.
4. Masukkan kelapa bakar yang dah dihiris atau ditumbuk .
5. Masukkan ikan, air asam jawa dan air. Biar mendidih.
6. Masukkan daun limau purut atau daun kesum.
7. Masukkan terung, bendi atau tomato.
8. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Durrani Damar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Durrani Damar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/