fbpx

Ikan Keli Bakar, Air Asam Kerisik Dan Kacang Panjang Tumis. Tiga Resepi Ini, Sudah Cukup Hidangan Tengahari Anda.

iCookAsia

Apabila tiba masanya untuk makan tengahari, makanan yang bermain di minda kita mesti nasi, lauk dan sayur. Hidangan sebegitu dah cukup buat perut kenyang. Betul tak?

Seperti perkongsian resipi dibawah ini. Hidangan Ikan Keli Bakar yang nampak begitu mengancam, diganding bersama Air Asam Kerisik dan juga Kacang Panjang Tumis. Pergh, sedap betul!

Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resipi-resipi ini 🙂

(IKAN KELI BAKAR)

Bahan-bahan:

5-6 ekor ikan keli (bersihkan dan basuh dengan air asam jawa)

Garam dan kunyitkan ikan

Bahan percik sambal

15-18 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

2-3 ulas bawang putih

1 1/2 sdb gula

1/4 sdt garam

*kisar semua bahan ini

5 sdb minyak masak (campur dalam bahan yang siap dikisar)

Cara memasak: Bakar ikan dan apabila ikan sudah hampir masak, sapukan sambal pada ikan. Teruskan bakar ikan hingga sambal dan ikan masak sempurna.

(AIR ASAM KERISIK)

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar hiris nipis

1 biji cili merah hiris nipis

1 biji tomato hiris

15 biji cili padi hiris

1 inci belacan

1 paket kecil kerisik

1/2 cawan air asam jawa

1/2 biji limau nipis amik patinya

1/2 sdb gula

1 sdt garam

Sedikit perasa jika suka

Caranya: Satukan semua bahan. Gaul dan ramas-ramas sikit.

(KACANG PANJANG TUMIS)

Bahan-bahan:

10 urat kacang panjang (dipotong serong)

Hati dan pedal ayam (sedikit)

1/2 cawan air asam jawa (cair)

Sedikit serbuk kunyit

1 sdt garam

1/2 sdt gula

1/2 cawan air

2 biji cili merah hiris (hiasan)

1 senduk minyak utk menumis

Bahan untuk dihiris:

7-8 biji cili padi belah tengah jangan sampai putus

1 biji bawang besar hiris nipis

5 ulas bawang putih hiris nipis

Sedikit halia hiris nipis

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa, garam, gula.
  3. Tumis hingga betul-betul naik minyak. Masukkan hati dan pedal. Kacau hingga hati dan pedal masak.
  4. Kemudian, masukkan kacang panjang dan 1/2 cawan air. Apabila sudah menggelegak ganas, masukkan cili merah untuk hiasan. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x