fbpx

Ada Pokok Bunga Telang Di Rumah? Jom Pakat Buat Air Detox Sirap Bunga Telang Ini. Confirm Anda Suka!

iCookAsia

Tengok gambar pun sudah tahu air Bunga Bunga Telang ini nampak super special betul kan? Air ini boleh dikatakan sebagai detox juga lah. Kalau ada yang tak suka manis, tak perlu letak gula pun tidak mengapa. 

Admin dah tak sabar ni nak buat. Anda? Apa tunggu lagi. Jom cuba!

Terima kasih Ibu Azzah untuk perkongsian resipi Sirap Bunga Telang ini 🙂

Bahan A: 

2 genggam atau 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan) 

2000ml air

3 helai daun pandan (simpulkan) 

5 batang serai (ketuk) 

Bahan B: 

1 plastik besar air batu

1 bekas besar nata de coco (laici) 

2 tin laici

150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang) 

13 batang serai (ketuk) 

10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja) 

5 biji lemon (hiris nipis) 

Bahan C: 

Air gula (perlu di masak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak di minum sahaja) 

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit,  kemudian tapis.
  2. Masukkan semua bahan B ke dalam balang beserta air rebusan  bunga telang,  kacau sebati.
  3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan masukkan bancuhan air bunga telang. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ibu Azzah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x