fbpx

Resepi Daging Dendeng Boleh Tahan Lama. Masuk Dalam Peti Ais, Nak Makan Hanya Perlu Panaskan Sahaja.

iCookAsia

Ada yang peminat daging disini? Kalau anda peminat daging, mesti akan suka masakan dendeng ini. Senang sahaja nak buat resipi ini sebenarnya. Lebih kurang macam nak buat daging masak kicap… tapi ada bahan tambahan yang lain. Jom cuba?

Terima kasih Syara Fina untuk perkongsian resipi Daging Dendeng ini 🙂

Bahan-bahan:

700g daging 

 

(dikisar)

20 biji bawang merah

1 biji bawang putih

Seinci halia

 

1 senduk cili giling

1 batang serai

Kicap manis

Air asam jawa

Cara membuat:

  1. Rebus daging sampai empuk, kemudian hiris nipis, ketukkan sedikit dengan lesung batu. Gaul dengan kicap manis. Agak-agak je hitam dia. Goreng hingga hitam.
  2. Tumis cili giling dan bahan kisar sampai naik minyak. Masukkan serai dan daging yang sudah digoreng. Gaul rata. Masukkan sedikit air rebusan.
  3. Masukkan pula bahan perasa dan garam, dan akhir sekali, masukkan air asam jawa.
  4. Masak hingga sedikit kering.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syara Fina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x