fbpx

Nikmat Betul Rasa Masakan Sotong Stim Limau Ini. Buat Ikut Citarasa Sendiri, Memang KAW lah!

iCookAsia

Resipi ini antara resipi yang jarang juga dikongsikan. Orang kata, yang rajin je la yang buat. Sebab apa? Perlu banyak masa di dapur. Tetapi, buat sesiapa yang pernah cuba hidangan ini, mesti dah terliur kan? Lagi masam dan pedas, lagi KAW! Yang paling penting, nak masak sotong ini, pastikan betul-betul bersih ye.  

Terima kasih Noor Fathin Azlan untuk perkongsian resipi Sotong Stim Limau ini 🙂

Cara penyediaan:

Cuci sotong sebersihnya. Buang tulang, dakwat hitam dan gigi sotong sekali.

Kemudian, kukus sotong bersama-sama:

1) Sebatang serai

2) Daun ketumbar 

3) Bawang putih (1 ulas)

4) Lengkuas 

Akhir sekali, sediakan kuahnya. Yang ini mengikut kehendak rasa masing-masing. Kalau nak pedas, tambah cili lebih. Kalau suka bawang putih banyak, tambah bawang putih lebih. Kalau nak kuah melimpah, asam limau kena banyak biji. Bergantung pada selera masing-masing. 

1) Bawang putih (cincang dadu)

2) Cili hijau/merah (potong halus)

3) Asam limau (5-6 biji)

4) Sos ikan (3 sudu)

5) Daun ketumbar 

6) Tomato

7) Belacan (bagi rasa wow)

Garam, gula, ajinomoto (secukup rasa)

Kukusan tadi, tapis air sotong. Jangan dimasukkan bersama dengan kuah. Nanti jadi cair dan tak sedap. Atau boleh je ambil satu sudu air sotong yang direbus untuk rasa manisnya air sotong semulajadi. Ewah.

 

Kemudian tabur kuah pada sotong dan gaul bersama. Nanti cubalah rasa. Kalau rasa tak masam kaw lagi, boleh perah sedikit asam limau. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh tambah cili lebih. 

 

Mesti korang tahu macam mana nak dapatkan rasa mengikut selera masing-masing kan? Tambah rasa, tambah rasa dan rasa lagi sampailah jumpa satu rasa yang betul-betul kaw perghhh. 

 

Akhir sekali, tabur sedikit daun ketumbar. Dan siap!

Amacam? Terliur tak? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noor Fathin Azlan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x