Resipi ini datang pada waktunya. Sekarang sudah mula untuk musim panas kan? Eloklah untuk kita cari pencuci mulut yang boleh sejukkan tekak kita. Selain aiskrim, kita boleh cuba menu puding. Seperti perkongsian resipi di bawah, seorang pengguna Facebook ini berkongsikan resipi puding mangga susu. Buat anda yang suka mangga dan manisa, patut cuba resipi ini.
Dah cuba jangan lupa share pula tau?Â
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Puding Mangga Susu ini 🙂
Bahan-bahan:
20g agar-agar taliÂ
5 cawan airÂ
3/4 cawan gulaÂ
2 – 3 biji mangga susu – potong dadu kecil-kecil
1 tin susu cairÂ
Secubit garam Â
Cara membuat:
- Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masuk gula dan kacau rata.
- Masuk susu cair dan kacau-kacau. Kemudian masuk secubit garam dan kacau-kacau lagi. Tutup api.
- Tuang secawan adunan puding dalam loyang 8×8. Bekukan seketika.
- Tabur mangga susu separuh dalam loyang. Tuang adunan puding tadi hampir menutupi mangga. Bekukan seketika.
- Habiskan baki mangga tadi dalam loyang dan tuang baki adunan hingga habis. Bekukan.
- Boleh simpan dalam peti sejuk selama 1 jam lebih. Potong ikut suka.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/