Sos Cicah ini menjadi satu kelengkapan untuk sesuatu menu atau hidangan. Seperti, ayam bakar, daging panggang atau vietnamese spring roll. Tak puas kalau tiada. Kalau anda set hidangan di luar, kadang-kadang sos yang diberi tidak cukup atau sikit kan? Jangan risau. Lepas ni, boleh cuba resipi di bawah.
Boleh makan dengan tenang dengan rasa yang seakan-akan di Thailand. Cewah!
Terima kasih Pn Lia Harif untuk perkongsian resipi Sos Cicah Ala Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
3 ulas Bawang putih (cincang halus)
6 biji Cili api (cincang halus)
1 biji Cili merah besar cincang halus (kalau nak pedas kaw pakai cili api yang merah tu)
1 sudu besar Gula nise
2 biji Limau nipis
Kicap sotong (sos sotong)
Hirisan daun ketumbar
Beras (sanggai keperangan dan tumbuk halus)
Cara penyediaan:
- Bahan semua dicampur-campur sahaja.
*Boleh ditambah tomato untuk lagi sedap
- Kalau tidak cukup manis, boleh tambahkan gula.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Pn Lia Harif (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/