Buat anda yang baru sahaja ingin cuba atau belajar memasak, cekodok pisang adalah antara masakan yang ingin dicuba. Nampak macam senang untuk dibuat, tetapi sebenarnya ia memerlukan skills dan mengikut pada sukatan yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang cantik. Jom cuba follow resipi di bawah?
Terima kasih Kuali Helena untuk perkongsian resipi Cekodok Pisang ini 🙂
Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula
Secubit garam
Cara membuat:
- Lenyekkan pisang, gaulkan dengan kesemua bahan di atas.
- Panaskan minyak, jemput adunan dengan hujung jari.
- Goreng hingga kecoklatan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi, video dan gambar: Kuali Helena (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/Â