fbpx

Resepi daripada Ibu Sendiri. Masak Daging Goreng Cili Api Yang Tak Pernah Mengecewakan. Sedap Betul!

iCookAsia

Orang kata, kalau masak masakan yang menggunakan daging, sangat sesuai untuk membuat resipi ini. Paling sedap kalau dimakan bersama kicap dan nasi putih panas-panas. 

Beberapa pengguna Facebook juga telah mencuba dan tertanya menjadi. Suami suka, anak-anak pun suka. 

Terima kasih Amyra Abas untuk perkongsian resipi Daging Goreng Cili Api ini 🙂

Bahan-bahan:

(A)

1/2 kg daging potong nipis

3 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

*Kesemua bahan di tumbuk atau kisar.

(B)

Cili api mengikut sedap rasa

Kunyit hidup panjang jari kelingking

*Bahan di tumbuk

Satu labu bawang besar dihiris bulat

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga garing.
  2. Masukkan daging yang telah di hiris halus
  3. Masukkan air sehingga tenggelam daging. Dan tambahkan lagi air sehingga daging empuk

*jika tiga kali ditambah air, daging sudah empuk

  1. Bila daging sudah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk B pula.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit kicap.
  3. Masukkan bawang hiris bulat dan gaul hingga sebati. 

Siap! Makan bersama nasi putih panas ini sedap.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Amyra Abas (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x