fbpx

Corak Baru Apam Pelangi. Hasil Masih Lagi Sedap dan Gebu. Ini Confirm Semua Repeat Makan Kan?

iCookAsia

Kebiasaanya, Apam Polkadot akan dihidang pada majlis keramaian. Disukai oleh orang dewasa dan terutamanya dikalangan kanak-kanak. Bentuk yang kecil dan comel sangat senang untuk dimakan. Yang tambah menariknya, pengguna Facebook ini pada asalnya mahu buat Apam Polkadot. Akan tetapi, tidak jadi dan maka terhasil lah corak pelangi. Tak jadi pun masih cantik kan?

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Apam Polkadot Pelangi ini 🙂

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

(ayak bersama)

3 biji telur gred A

1 cawan gula kastor

1 sudu besar ovalette

3/4 cawan susu segar/susu cair

1 sudu kecil esen vanila

Filling strawberry/blueberry dan lain-lain

Pewarna 

Cara membuat:
1. Pukul telur, gula dan ovalette pada kelajuan maxima sehingga kembang dan menjadi warna putih.
2. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar/cair. Kemudian, sambung pukul adunan pada kelajuan paling minima hingga sebati.
3. Selepas itu, masukkan esen vanilla. Gaul seketika hingga sebati.
4. Bahagi dan warnakan adunan. Lebihkan adunan yang tanpa pewarna. Pada setiap warna pelangi, ambil satu senduk dan warnakan. Kemudian, masuk kedalam piping bag.
5. Isi papercup dalam acuan kuih lompang. Picit atau tekan adunan yang kosong sedikit dan paip kan filling. Selepas itu, tutup semula dengan paip yang kosong.


6. Pada permukaan atas, picitkan sikit demi sedikit untuk dapatkan warna-warna pelangi. Lakukan ini sehinggan habis.

7. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan akhir sekali, kukus dengan api sederhana besar selama 10 – 12 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x