Cuaca tidak menentu sekarang. Kejap panas, kejap sejuk. Resipi kali ini, sangat sesuai dijadikan sebagai penyejuk tekak pada waktu panas terik. Cara membuatnya pun sangat mudah. Boleh buat bersama keluarga atau anak-anak anda. Mesti mereka teruja!
Terima kasih Rohaya Zulkarnin Aya untuk perkongsian resipi Aiskrim Viral Magnum ini 😀
Bahan-bahan:
3/4 tin susu pekat (kalau taknak manis kurangkan lagi pun boleh)
*2 kotak kecil susu full cream
*1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)
*2 sudu kecil perisa vanilla
Cara Membuat:
1. Campurkan bahan-bahan diatas sampai gebas gebus. Selepas dalam lebih kurang 20 minit, tuangkn ke dalam jug supaya memudahkan sikit untuk bubuh dalam plastik aiskrim nanti.
(Untuk Topping Coklat)
200g chocolate milk (Coklat Cadbury/ mana mana coklat)
100g dark chocolate brand Beryl’s
Cara Penyediaan:
1. Gunakan kan teknik ‘double boiling’. Jangan bagi sampai setitik air pun terkena coklat. Takut nanti coklat mengeras.
2. Dah suam-suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit, masukkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang.
3. Sewaktu anda ratakan coklat dalam plastik aiskrim, boleh agak-agak ketebalan coklat tu.
4. Kemudian, tuang vanilla aiskrim yang dah siap campur tadi ke dalam plastik aiskrim. Jangan risau coklat akan bercampur dengan vanilla aiskrim.
5. Hentak-hentak manja sikit bagi mampat untuk mengelakkan ruang kosong dalam aiskrim ini.
6. Bekukan semalaman dan keesokkan harinya, siap!
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rohaya Zulkarnin Aya (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/