Penggemar buttermilk pasti sukakan menu Spaghetti Buttermilk Spicy Chicken Cheese. Rasa penuh berkrim dipadankan dengan rasa pedas cukup membuka selera.
Pemilik resipi Azmiera Azmi berbesar hati berkongsi resipi yang digunakan untuk menjana pendapatan. Dan sebagai cadangan, satu menu boleh dijual dengan harga RM5.00. Namun jika ingin merasa air tangan Azmiera, boleh terus terjah Facebook dan terus buat pesanan. Berbaloi-baloi.
Bahan :
Spaghetti – rebus dalam 10 minit dan masukkan sedikit minyak. Toskan.
Bahan tumis :
5 ulas Bawang putih – cincang
1 labu Bawang Holland – potong dadu
10 tangkai Cabai melaka – gunting
1 tin Susu cair
Cara :
- Masukkan dua sudu besar Planta dan tumis bawang putih, bawang holland dan cabai melaka sehingga wangi.
- Kemudian masukkan susu cair dan spaghetti. Masukkan juga stok ayam secukup rasa.
Bahan sambal :
RM2 pek Cili boh
3 biji Bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
Cara :
- Masukkan minyak dan tumis cili boh dan bawang yang telah dikisar.
- Selepas itu perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Lebih lama dimasak, sambal akan tahan lebih lama.
- Letakkan ayam popcorn. Ayam dipotong dadu dan goreng dengan tepung chicken chop. Resipi di sini.
- Gaulkan ayam dengan sambal dan akhir sekali letakkan cheese nachos.
- Gorengkan daun kari dan terus diangkat. Jangan goreng terlalu lama.
Kredit resipi & foto : Azmiera Azmi
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/