fbpx

Sup Cendawan Paling Mudah Nak Buat. Sedap Makan Dengan Garlic Bread. Tak Perlu Beli Yang Segera.

iCookAsia

Sup cendawan memang cukup enak, lagi-lagi dimakan waktu masih panas. Digandingkan pula dengan roti bawang putih rangup, perfecto!.

Sebenarnya cara nak menyediakan sup cendawan ini cukup mudah, tidak perlu lagi beli yang segera. Buat sendiri je.

Terima kasih Shima Meyora atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 kotak Susu penuh krim 1L

6-7 biji Cendawan shitake – kalau suka boleh letak lebih

1 sk Lada hitam – ditumbuk

1 sk Mix herb

1/2 kiub Stok ayam

1 sb Tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sup

Minyak untuk menumis

Secubit garam

Cara :

  1. Bersihkan cendawan. Cincang halus 2/3 bahagian dan hiris bakinya.
  2. Panaskan satu sudu besar minyak dalam periuk.
  3. Masukkan cendawan dan masak sehingga layu.
  4. Setelah cendawan masak layu, masukkan susu penuh krim, lada hitam, mix herbs dan tepung gandum yang sudah dibancuh dengan sedikit air ke dalam periuk tadi.
  5. Masak sehingga mendidih menggunakan api yang kecil. Perasakan dengan stok ayam dan garam.
  6. Enak dimakan dengan roti bawang putih garing.

Kredit resipi & foto : Shima Meyora

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x