Resipi Tart Telur ini telah dikongsikan usahawan, Hanna Yasmeen yang turut menggunakannya sejak 14 tahun lalu. Bermakna resipi ini telah berusia lebih satu dekad dan terbukti cukup enak dan mampu menawan selera orang ramai.
Untuk korang yang masih buntu untuk mencari peluang menambah pendapatan, bolehlah cuba-cuba membuat Tart Telur. Kita berusaha menambah pendapatan dan selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa.
Bahan Pastri :
250 gm Mentega
125 gm Gula aising
1/2 sk Esen vanilla
1 biji Telur
500 gm Tepung gandum
Cara :
- Sebatikan butter dan gula aising.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung. Gaul sehingga adunan tidak melekat pada jari.
Bahan Filling :
2 biji Telur
1 kuning Telur
75 gm Gula
150 gm Susu segar
150 gm Air
Esen vanila + Pewarna kuning
Cara :
- Campurkan semua bahan dan tapis.
- Tekan adunan pastri ke dalam acuan dan tuang filling.
- Bakar adunan pada suhu 160 – 180C selama 45 minit sehingga satu jam, bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto : Hanna Yasmeen
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/