Cucur Jagung memang menjadi antara kegemaran rakyat Malaysia untuk minum petang, lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak dan peminat jagung. Rasa jagung yang manis memberikan rasa yang sedap, malah berkhasiat untuk dimakan.
Saudari Ana Mariana Ismail ada kongsikan cara dan foto untuk resepi ini.
Resepi Cucur Jagung
BAHAN-BAHAN
Isi jagung
Tepung gandum
Cili blend
Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar
Bawang besar (dihiris)
Serbuk kunyit+serbuk ikan bilis
Garam+gula secukup rasa
Telur sebiji
Air suam
CARA-CARA
- Masukkan semua bahan, bancuh sehingga sebati. Jangan terlalu pekat atau cair (masukkan air sedikit-sedikit mengikut kesesuaian)
2. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.
3. Buat bentuk cucur dan goreng seperti biasa.
4. Goreng sehingga cucur warna keemasan.
Siap.
Mudah sangat kan? Selamat mencuba!
Untuk dapatkan perkakas memasak tak melekat yang berkuali, jom layari https://shop.icookasia.my/