Pada hari ini, kita bersama Chef Asma yang akan kongsikan bagaimana untuk memasak Nasi Hujan Panas bersama Ayam Masak Madu. Kalau dah bosan makan nasi putih biasa, boleh la cuba resipi ni dan makan bersama keluarga anda.
Dalam resipi ni, Chef Asma menggunakan barangan daripada SAJI Malaysia tau π
Cadangan Hidangan: 4-5 orang.
NASI HUJAN PANAS
Bahan β bahan :
4 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 30 minit kemudian cuci dan toskan
5 sudu besar βAdela Vanaspatiβ
3 sudu besar minyak masak SAJI
6 cawan air
Garam Gunung SAJI – secukup rasa
100 ml βsusu cair Sajiβ
pewarna merah, hijau dan kuning telur
garam secukup rasa
Bahan tumis:
2 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
5 biji pelaga
3 ulas bawang putih – hiris
5 ulas bawang merah – hiris
1 inci halia – hiris
1 helai daun pandan di simpul
Bahan hiasan :
20 gm badam β goreng dahulu
20 gm gajus β goreng dahulu
20 gm kismis
20 gm bawang goreng
Cara Penyediaannya:
1. Panaskan Vanaspati, minyak masak saji, tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
2. Masukkan beras, air & garam gunung SAJI. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa. Apabila nasi sudah hampir masak, tambahkan susu cair SAJI. Biarkan sehingga nasi betul betul masak.
3. Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis dan gaul rata
4. Masukkan sedikit pewarna . Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar.
5.Kemudian gemburkan nasi rata. Sedia di hidangkan bersama lauk – pauk yang sesuai
AYAM MASAK MADU
Bahan βbahan:
1 ekor ayam βdi potong 12 dan dibersihkan
Serbuk Kunyit β secukupnya
Garam Gunung SAJI β secukup rasa
Gula Pasir SAJI β secukup rasa
5 sudu besar sos cili SAJI
2 sudu besar sos tomato SAJI
1 sudu besar sos tiram SAJI
1 sudu besar madu
Air secukupnya
Minyak SAJI β untuk mengoreng menumis
Bahan Tumis:
2 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
5 biji pelaga
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih – hiris /mayang halus
5 ulas bawang merah – hiris /mayang halus
1 inci halia – hiris /mayang halus
1 batang serai β di ketuk
2 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar tomato puree
Bahan Kisar:
3 ulas bawang putih β di kisar
5 ulas bawang merah β di kisar
Β½ inci halia β dikisar
Bahan Hiasan:
1 labu bawang besar β di potong bulat
1 biji tomato β di belah 4
1 sudu besar kismis
Cara penyediaannya:
1. Perasakan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan tumis dan bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan air, sos cili, sos tomato,sos tiram dan madu. Kacau sedikit hingga rata.
4. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
5. Perasakan ayam dengan garam & gula secukup rasa.
6. Masukkan tomato, bawang besar kismis .
Jangan lupa untuk dapatkan barang dapur yang BERKUALITI di: https://shop.icookasia.my/