Tiga resipi kuih muih ini antara menu popular untuk dibuat jualan dan sebagai juadah petang. Cara membuatkan cukup mudah dan hanya gunakan pengukus berbentuk bulat untuk disesuaikan dengan saiz loyang 8’x8’.
Terima kasih Nor Hayati atas perkongsian resipi.
KUIH LAPIS
Bahan :
3 cawan Air
1 cawan Santan
2 cawan Tepung beras
1/2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Tepung jagung
1 cawan Gula
Garam
Pewarna makanan
Cara :
- Setiap lapisan dikukus 5 minit sahaja.
- Dan apabila lapisan atas sudah masak, buka penutup dan kukus lagi 5 minit.
- Angkat dan sejukkan.
KUIH SERI MUKA
Bahan :
300 gm Pulut – rendam dan cuci bersih
Santan
Garam
Cara :
- Letakkan pulut tadi ke dalam loyang dan tuangkan santan dan perasakan dengan garam.
- Kukus sehingga masak dan tekan dan padatkan.
- Cucuk guna garfu sebelum tuang adunan tepung.
Bahan hijau :
3 cawan Santan
1 1/2 cawan Tepung gandum
1 cawan Gula
Garam
Pewarna
Cara :
- Bancuh adunan dan tuangkan ke atas lapisan pulut tadi. Kukus selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, buka penutup kukusan dan kukus lagi 5 minit.
- Angkat dan sejukkan.
TALAM TOKYO
Bahan A :
180 gm Sagu
Sedikit suhun
Sedikit Kelapa muda parut
Santan
Garam
Cara :
- Gaulkan semua bahan A dan kukus selama 15 minit.
Bahan B :
3 cawan Santan
1 1/2 cawan Tepung gandum
1 cawan Gula
Garam
Cara :
- Bancuh semua bahan dan tuangkan ke atas sagu tadi. Kukus selama 15 minit.
- Kemudian buka penutup kukus dan kukus lagi 5 minit.
- Angkat dan sejukkan.
Kredit resipi & foto : Nor Hayati
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/