Anda peminat Burrito? Resipi kali ini, Chef Iskandar kongsikan cara untuk membuat Rendang Tok Beef Burritos dengan mudah. Buat Burritos ala Mexican tapi inti nya rasa masakan melayu. Menarik kan? Jom cuba!
Bahan-bahannya:
Daging cincang
Roti tortilla
Salad
Capsicum (lada benggala)
Japanese cucumber
Garlic sauce
Cara memasak:
– Panaskan non stick pan dan tuangkan sedikit minyak utk mengoreng.
– Masak daging cincang seketika kemudian masukkan Pes Rendang Tok Mama’s Delight ,kacau sebati dan ketepikan.
– Potong dadu timun dan lada benggala kemudian gaul bersama sauce garlic.
– Kemudian sapukan sos itu di atas roti tortilla bersama salad dan daging cincang yang telah siap dimasak tadi.
– Susun dengan sempurna dan digulung rapi .Boleh dipotong dua jika perlu.
– Hidangan sedia dimakan.
Jangan lupa untuk dapatkan produk Mama’s Delight di: https://shopee.com.my/mamasdelights
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.my/