fbpx

Cara Masak Nasi Ayam Ala KFC. Sesuai Untuk Anak-Anak, Makan Nasi Je Pun Dah Sedap.

iCookAsia

Resipi Nasi Ayam ala KFC yang sedang viral ini memang cukup sesuai untuk hidangan anak-anak. Malah tidak perlu sediakan sup sebagai pelengkap kerana menu ini sudah cukup sempurna.

Jom cuba resipi perkongsian Sue Larins.

 

Bahan :

3 cawan Beras

3 cawan Air

3 sk Kicap Masin

1/2 kiub Pati ayam

1 sk Oregano

1 sk serbuk Black pepper

3 ketul Ayam KFC – spicy lebih sedap

 

Cara :

  1. Basuh beras terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan letakkan air.
  3. Kemudian campurkan kicap, kiub pati ayam, oregano dan black pepper ke dalam periuk nasi. Gaulkan sebati bahan tadi.
  4. Akhir sekali masukkan ayam goreng KFC (spicy lebih sedap) ke dalam periuk nasi.
  5. Masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker.
  6. Hancurkan ayam tadi bersama nasi yang telah masak.
  7. Sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto : Sue Larins

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x