fbpx

Mee Meggi Tumis Paling Simple Tapi Sedap Sangat. Nyaman Dapat Hirup Kuah Sampai Habis.

iCookAsia

Sesekali apabila tidak ada selera nak menjamah nasi, pasti mee meggi menjadi pilihan kan? Tetapi selalunya meggi akan dimasak mengikut cara yang ditetapkan iaitu panaskan air dan masukkan mee dan perencah.

Apa kata kali ini kita ubah cara menyediakan mee meggi dengan menumis kuah terlebih dahulu supaya semua rencah dapat diadun sempurna. Rasanya lebih enak.

Terima kasih Mdm Kelly atas perkongsian resipi.

 

Bahan kuah :

Bawang putih

1 sb Cili kisar

Perencah meggi

Sos tiram

Sos cili

Gula

Garam

Telur

 

Cara :

  1. Celurkan mee meggi terlebih dahulu dan toskan. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih bersama cili kisar. Jika suka pedas boleh lebihkan.
  3. Kemudian masukkan perencah meggi. Masukkan air, sos tiram dan sos cili sesedap rasa. Perasakan dengan gula dan garam. Biarkan mendidih.
  4. Selepas mendidih baru pecahkan telur. Tak perlu kacau kerana telur akan pecah. Apabila telur sudah separuh masak, angkat dan asingkan.
  5. Baru masukkan sayur. Kuah siap.
  6. Letakkan telur tadi di atas meggi yang telah dicelur dan tuangkan kuah. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto : Mdm Kelly

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x