fbpx

Ikan Bakar Sambal Perap. Bakar Dengan Daun Kunyit. Cicah Air Asam Dengan Isi Ikan. Terbaik.

iCookAsia

Resipi Sambal Perap yang dikongsikan Nasriah Ramli ini sesuai untuk dibuat perapan Ikan Bakar. Lebih menyelerakan, ikan bakar ini dilapikkan dengan daun kunyit untuk memberi lebih aroma.

 

Bahan kisar :

Cili kering

Lengkuas

Halia

Bawang putih

Bawang merah

Kunyit hidup

Serai

Ikan bilis @ Udang kering

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan dan tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan perahan air asam jawa. Masak lagi sehingga kering.
  3. Masukkan pula sos tiram dan gula perang. Gaul rata dan perasakan dengan garam. Jika terlalu pekat atau kering, tambah sedikit air.
  4. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit.
  5. Akhir sekali masukkan petai. Gaul rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk seketika.
  6. Belah ikan kepada dua dan lumur pada ikan. Balut pada daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.

 

Resipi Air asam :

Cili merah

Cili hijau

Cili api

Tomato

Bawang besar

 

Cara :

  1. Hiris halus semua bahan dan gaulkan bersama. Lenyekkan.
  2. Perasakan dengan garam, gula, air asam jawa dan belacan.
  3. Perahkan limau nipis.
  4. Nak lebih sedap, letakkan kerisik dan isi ikan rebus.

Kredit resipi & foto : Nasriah Ramli

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x