Sudah agak lama tidak merasa kuih orang-orang lama, Bingka Tepung Beras. Walaupun bahannya sangat mudah, namun rasa lemak manisnya memang cukup enak.
Sempena Hari Kemerdekaan ke-63 pada hari ini, kita imbau kembali nostalgia kuih legend. Resipi asal merupakan milik Fazni Jusoh dan dikongsikan kembali oleh Aisyah My.
Bahan :
2 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung jagung
1 cawan Gula
7 cawan Santan
Cara :
- Satukan semua bahan di dalam periuk dan kacau rata.
- Masak di atas api sehingga pekat sambil kacau.
- Sediakan loyang dan lapik dengan kertas dan griskan.
- Tuang bancuhan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c sehingga garing atasnya, jangkaan masa lebih kurang satu jam 30 minit.
- Tunggu sehingga sejuk dan baru dipotong.
Kredit resipi & foto : Aisyah My
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/