fbpx

Ikan Siakap Stim Ala Thai Paling Power. Tapi Simple Je Nak Buat.

iCookAsia

Peminat masakan ala Thai jangan lepaskan peluang mencuba resipi perkongsian Zurina Zulkefli. Walaupun cukup mudah menyediakannya, namun hasilnya cukup power, licin tinggal tulang. Malah masakan stim cukup sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Adunan masam, masin dan pedas terpulang kepada citarasa masing-masing, jika suka pedas, lebihkan cili padi. Jika suka masam, lebihkan perahan jus limau nipis.

 

Bahan :

Seekor ikan siakap

2 biji Limau nipis

1 batang Serai

5 hirisan Halia

3 tangkai Cili kecik merah

3 tangkai Cili kecik hijau

5 ulas Bawang putih

1 batang Daun ketumbar

Setengah kiub pati ayam

4 sudu besar Sos ikan

1 sudu kecil Gula

Cara kukus ikan :

  1. Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan.
  2. Kemudian masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  3. Perahkan jus limau nipis ke atas ikan bagi menghilangkan bau hanyir.
  4. Kukus ikan selama lima minit dan biarkan seketika pada api perlahan.

Cara stim :

  1. Cincang kasar bawang putih dan goreng sehingga keemasan. Bawang putih akan menaikkan lagi aroma masakan.
  2. Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, kuib pati ayam, sos ikan, gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau. Kacau sebati.
  3. Rasa kuah terlebih dahulu.

Langkah terakhir:

  1. Tuang kuah ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  2. Kukus lagi selama tiga minit. Sedia dihidang.

Kredit resipi & foto : Zurina Zulkefli

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x