fbpx

Cara Buat Serbuk Colek Buah Thai.

iCookAsia

Siapa yang pernah berkunjung ke Thailand pasti maklum akan kelazatan buah-buahan bersama colek kicap dan colek asam kan? Bak kata orang, setiap hari mesti pekena sekali, memang puas hati. Cukup berbeza dengan yang terdapat di sini kerana rata-rata peniaga lebih senang menggandingkan serbuk asam dengan buah-buahan yang dijual.

Sebenarnya cara nak membuatnya cukup mudah, tidak percaya? Cuba ikut resipi Liana Ana ni.

 

Bahan :

10-12 tangkai Cili kering – sangai

Udang kering – sangai

Belacan – sangai

Gula

Cara :

  1. Cili kering, udang kering dan belacan disangai terlebih dahulu, kemudian dikisar menggunakan blender kering.
  2. Selepas itu gaul bahan yang dikisar tadi dengan gula pasir. Boleh menggunakan gula melaka atau gula perang.
  3. Jika suka, campurkan sedikit serbuk asam boi.
  4. Sedia dimakan bersama mangga muda dan kedondong.

Kredit resipi & foto : Liana Ana

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x