fbpx

Kari Ikan Jenahak Kaw Macam Mamak, Tak Perlu Guna Santan.

iCookAsia

Kari ikan yang dimasak tanpa menggunakan santan akan menghasilkan rasa dan aroma yang lebih kaw ala kari mamak. Malah kuah yang pekat ini cukup sesuai kalau dicicah dengan roti.

Malah disarankan juga untuk menumis serbuk kari sehingga garing bagi menghilangkan bau mentah dan supaya rempah benar-benar masak dan hasilnya, kari sangat sedap dengan tumisan yang sempurna.

 

Bahan kisar :

5 labu Bawang merah

3 ulas Bawang putih

2 labu Bawang besar

 

Bahan :

Ikan jenahak

3 sb Rempah kari

3 labu Bawang merah – hiris

2 ulas Bawang putih – hiris

Halba campur

1 biji Tomato – potong 4

4 batang Bendi

2 biji Cili hijau / merah

Air asam jawa

Daun bawang

2 tangkai Daun kari

Garam

 

Cara :

  1. Tumis bawang yang telah dihiris bersama halba campurdan daun kari sehingga naik bau dan wangi.
  2. Kemudian tumisbahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan rempah kari  dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawadan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, tomato dan bendi. Akhir sekali perasakan dengan garam

Kredit resipi & foto : Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x