Kek sarang semut ni mudah dibuat, dan sedap dimakan sebagai minum petang. Tips untuk buat kek cantik, kena sejukkan dulu baru potong. Resepi ini dikongsikan oleh saudari Noorzariah Yusof. Selamat mencuba!
Bahan A
1½ cawan gula halus
50gm butter@planta
1 cawan air panas
Bahan B
4 biji telur
2 sdk esen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 sdk soda bikarbonat
CARA-CARA
- Masak gula atas kuali mcm nak buat caramel, dah perang masukkan air panas perlahan-lahan.
- Selepas likat, tutup api dan masukkan butter/planta, kacau rata. Ketepikan dan biarkan sejuk.
- Di dalam bekas lain, pecahkan telur dan masukkan esen vanilla. Kacau manja.
- Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat sekali masukkan dalam adunan telur. Kacau sehingga sebati dan masukkan bahan A tadi, dan gaulkan lagi.
- Sapu loyang dengan butter atau planta, tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar suhu 140° selama 50 minit. Siap.
- Sejukkan dahulu sebelum potong.
Selamat mencuba!
Untuk dapatkan peralatan memasak yang cantik, dan berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/