Memandangkan sambutan Raya Aidiladha bakal tiba, jom kita lihat resepi ini. Nasi Daging Utara yang sedap dimakan bila-bila masa. Resepi ini tidak perlu menggunakan rempah nasi daging, senang sahaja untuk dimasak. Terima kasih kepada saudari Shai Anne atas resepi ini.
RESEPI NASI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN
5 pot beras Basmathi
1/2 ke 1 kg daging
1 bungkus rempah sup bunjut
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah kari
2 bawang besar & bawang putih(hiris)
1 inci halia(hiris)
3/4 biji rempah 4beradik
1 biji kecil tomato
4 pot air rebusan daging
Garam/ pati kiub ayam secukup rasa
3helai daun pandan
minyak sapi @ majerin
CARA-CARA
- Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya
- Basuh beras dan toskan.
- Tumis halia, 4 beradik serta bahan hiris di dalam periuk nasi hingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau sekejap.
- Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas), masukkan daging dan perasakan dengan garam.
- Tutup periuk & tunggu nasi masak, sedia untuk dhidangkan.
Resepi Air asam Kerisik
👉🏻Bahan utk di blend
Cili merah, cili padi, separuh tomato dan bawang, belacan, sedikit air
👉🏻Campurkan bahan yg di blend tadi dgn hirisan bawang dan tomato
Tambahkan gula+garam+air perahan limau nipis+kerisik sesedap rasa. Siap.
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Bagi mendapatkan produk memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari http://shop.icookasia.my/