fbpx

Resipi Cheesy Sausage Corndog ala Korea

iCookAsia

Cara mudah untuk membuat Cheesy Sausage Corndog. Anak-anak pasti suka! Bagi yang tak tahu ini adalah salah satu Korean street food yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Bahan saduran:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 tin krimer sejat cair
1 sudu teh penuh serbuk lada putih
1 sudu teh penuh serbuk lada hitam
5 sudu besar gula
suku sudu teh garam
air secukupnya

Untuk Inti:
1 peket Sosej
2 peket keju Mozzarella
kayu copstik atau lidi secukupnya
1 cawan Breadcrumb warna putih
1 cawan nestum
Sos cili
Mayonis

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan salutan satu persatu kecuali Susu dan air. kacau sebati
dan masukkan susu sedikit-sedikit sambil kacau.
2. Jika adunan masih keras boleh masukkan air sedikit2 kacau sebati adunan mesti
pekat supaya bila disalut pada isi ia melekat dan tebentuk Ketepikan.
3. Cucuk sosej dan keju pada lidi @ copstik lalu salutkan keseluruhan sosej serta
keju dgn adunan doh, angkat dan golekkan atas breadcrumb + nestum sehingga
rata dan bentuk-bentukkan dgn tangan hingga kemas
4. Api sedang, Goreng hingga masak keperangan dan cicah/hias bersama mayonis
dan sos.

 

Nak beli barang dapur yang berkualiti? Jom shopping di https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x