Melihatkan foto aneka jeruk yang terhidang untuk santapan mata sudah membuatkan liur kecur mendecip. Untuk membeli, sudah pasti RM15.00 terbang melayang namun tidak mendatangkan kepuasan. Jadi apa kata kita buat sendiri?
1.Jeruk Epal / Mangga Asam Boi Cili Padi Meletop
Bahan-bahan :
Epal hijau / Mangga muda – Belah 4
Air 1 baldi
3 sb cuka masakan – rendam 5 minit dan toskan (rahsia rangup)
Balang sederhana
Cara :
Isikan bahan-bahan ini 3 per 4 balang –
1 sk cuka
2 sb gula
1 sb serbuk asam
3 biji asam boi putih atau kelabu
Cili padi – ikut suka
Limau kasturi
Masukkan ke dalam peti ais selepas 6 jam. Siap untuk dimakan.
2. Jeruk Kulit Lemon
Bahan :
Kulit lemon
Gula
Cara :
1. Perahkan lemon dan hiris nipis.
2. Gaul kulit lemon dengan gula.
3. Simpan di dalam peti ais.
*kulit lemon tidak pahit. Terasa kenyal.
3.Resepi Jeruk Belimbing Buluh Asam Boboi And Gegirl
Bahan :
Belimbing buluh
20-30 biji asam boi
60 gram serbuk asam
3-4 sudu gula
5-8 biji cili padi
Cara :
1. Belimbing buluh dibasuh bersih dan di potong memanjang 2 atau 3 bahagian kalau belimbingnya besar sangat. Untuk belimbing saiz kecil tak perlu potong.
2. Masukkan belimbing buluh ke dalam bekas yang bersesuaian.
3. Masukkan ke semua bahan yang lain dan ratakan. Goncangkan botol ini sehingga semua bahan rata dan menyaluti belimbing buluh itu tadi.
4. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Lebih lama lebih sedap.
4. Jeruk Mangga Asam Boi Tanpa Gula
Bahan :
Bahan A :
8 biji mangga masam (paling baik mangga telur atau mangga epal)
Nak guna kedondong pun boleh.
Basuh, kupas kulit dan potong nipis.
Bahan B :
15 Asam boi/asam masin – Hiris nipis nipis.
5 biji limau kasturi (bagi wangi)
10 biji cili api – Hiris halus halus.
20 biji equal (pemanis buatan)/ kalau stevia dalam satu sudu makan.
Cara :
1.Bahan B bubuh dalam air panas sehingga tenggelam. Masukkan asam boi. Kacau sehingga larut.
2.Tuangkan ke dalam Bahan A (mangga) yang sudah diletakkan ke dalam bekas tertutup dan kedap udara.d
3. Simpan semalaman di dalam peti ais bahagian bawah supaya rasa sebati.
4. Sebelum makan, jangan lupa goncangkan bekas.
5. Jeruk Lemon Madu – Petua Untuk Batuk Dan Sakit Tekak
Bahan :
Lemon
Madu
Cara :
1. Hiriskan sebiji lemon.
2. Selepas itu masukkan lemon dalam bekas.
3. Tuangkan madu sehingga lemon tenggelam.
4. Letak di dalam peti dalam 3 atau 4 hari.
5. Siap untuk dimakan. Lebih lama lemon tu dalam madu, lebih sedap rasanya.
Sedikit lnfo Khasiat Madu
– Menghilangkan batuk
– Pengganti gula
– Mencegah kanser dan sakit jantung
– Meningkatkan daya ingatan
– Menghilangkan alergi
– Mencegah sel darah putih rendah
– Membantu perkembangan kandungan sehat
– Mengamalkannya setiap untuk tenaga dan kulit sihat
Khasiat lemon
– Tambah kekuatan tulang dan gigi
– Tingkatkan sistem kekebalan tubuh
– Sangat bagus untuk atasi selsema
– Merangsang fungsi otak & saraf
– Bantu kawal tekanan darah
– Seimbangkan PH dalam badan kita
– Bantu hati yang menyahtoksik dengan lebih berkesan
– Bantu bersihkan badan (proses air kencing)
– Bantu turunkan Berat Badan
– Bantu lancarkan sistem pencernaan
– Bantu longgarkan racun di saluran pencernaan
– Bersihkan kulit dan hentikan proses Kedutan
– Bersihkan racun dalam darah
6. Cili Jeruk
Bahan :
12- 15 biji cili hijau
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan
Cara :
1. Cili hijau dibersihkan dan dipotong secara menyerong atau secara membulat anggaran 1/2 inci tebal.Kemudian dimasukkan ke dalam tapis plastik yang lubangnya besar dan goyang-goyangkan tapis supaya biji-biji cili akan terkeluar.
2. Rendamkan cili hijau tersebut anggaran 30 minit di dalam air kapur. Selepas itu bersihkan semua cili daripada air kapur.
3. Jiruskan air panas mendidih pada cili hijau tersebut supaya layu sedikit. Ketepikan sebentar supaya airnya kering. Masukkan ke dalam botol dan ketepikan.
4. Sementara itu masakkan gula, cuka beserta dengan air dan garam hingga mendidih. Biarkan dia sejuk dahulu.
5. Setelah itu curahkan ke dalam botol yang berisi cili hijau tersebut. Cili mestilah terapung anggaran 1 inci daripada permukaan botol. Sekiranya cili tidak terapung, bolehlah ditambahkan sedikit air panas sehingga cili hijau terapung. Tutup botol dan simpan cili jeruk dalam anggaran 1 hari sebelum boleh dimakan. Cili jeruk lebih sedap rasanya jika disimpan lama.
Tips Jeruk Sentiasa Rangup
Rendam buah yang sudah dipotong dengan dua genggam garam kasar dan cuka setengah botol.
Rendam semalam dan tapis. Tidak perlu dibasuh.
Masukkan bahan yang disukai.
Sumber : Norhamidah Abdul Hamid & Shiema Yunos