1. Biskut Almond London
Almond London merupakan biskut rangup yang disaluti bersama coklat berinti badam. Rasanya yang penuh dengan coklat pasti akan memukau anda. Biskut ini sering dihidangkan di hampir semua rumah ketika hari raya.
2. Biskut Mama Carrie
Biskut ini sangat terkenal ketika perayaan hari raya. Proses pembuatannya sedikit rumit dan memerlukan masa yang lama. Untuk bentuk acuannya anda boleh mengikut bentuk kesukaan anda.
3. Biskut Cornflakes
Resepi biskut cornflakes yang mudah untuk disediakan. Apabila anda masak biskut ini pasti satu rumah akan bau wangi. Anda boleh tambah chocolate chip di dalam untuk menambah rasa. Kanak-kanak pasti akan menyukai biskut ini.
4. Suji Biscuits
Kuih suji merupakan antara kuih tradisional yang sering dihidangkan pada hari raya. Kuih suji mempunyai tekstur yang sangat lembut dan mudah cair dimulut. Cara pembuatannya tidaklah susah, anda hanya perlukan 5 bahan sahaja.
5. Biskut Tart Nenas
Bila disebut tart nenas pasti anda akan terbayang rasa tart yang cari di dalam mulut dilengkapi dengan rasa jem nenas yang sedap. Untuk resepi ini anda boleh tentukan sendiri tahap kegebuan tart dengan menentukan kuantiti butter yang digunakan. Di setiap rumah yang anda kunjungi pasti akan terhidang kuih ini
6. Rempeyek
Rempeyek adalah kuih tradisional yang menggunakan tepung, kacang tanah, santan dan rempah ratus. Baunya yang harum dan rasa rangup ditambah dengan ikan bilis dan kacang pasti akan memukau anda. Awas! jangan pula anda habiskan kuih ini, pastikan simpan sedikit untuk tetamu yang akan datang.
7. Biskut Sampan
Biskut ini amat jarang untuk kita jumpa pada hari raya. Bagi mendapatkan bentuk yang betul anda perlu sediakan acuan yang tepat dan simpan seketika doh di dalam peti sejuk. Anda boleh cuba buat sendiri resepi ini di rumah.
8. Kuih Loyang
Kuih Loyang juga dikenali sebagai kuih ros ataupun kuih bunga. Teksturnya yang rangup dan rasa sedikit manis apabila dimakan. Acuan tepung dicelup dalam bekas khas untuk mendapat bentuk kuih tersebut.
9. Kuih Bangkit
Kuih bangkit adalah kuih tradisional yang sangat terkenal dengan kaum cina dan melayu. Cara pembuatannya juga tidaklah susah. Anda boleh cuba buat sendiri resepi ini di rumah.
Selamat Mencuba