fbpx

Sotong Goreng Tepung

iCookAsia

 

Bahan-bahan:

5 ekor sotong (dicuci & dipotong serta dikelar)
Garam (secukup rasa)
Lada Sulah (secukup rasa)
1/4 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
3 cawan minyak (untuk menggoreng)

 

Cara membuatnya:

  1. Masukkan sotong, garam, lada sulah, serbuk kunyit, tepung jagung, tepung kastard, dan telur ke dalam satu mangkuk.
  2. Gaul rata dan biarkan selama 1 minit.
  3. Ambil sotong satu demi satu dan tepukkan dengan tepung gandum.
  4. Kemudian goreng sehingga rangup dengan api sederhana.
Tip: Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.

 

Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x